Yanie Mohd Zaki's

kisah KAU & AKU..

skali lagi hatiku disentap hebat
tidak mampu lagi aku menahan
segala rasa yang ade telah aku muntahkan
aku pasrah aku redha dgn segala ketentuan
mungkin inilah kehendak dan suratan yang perlu aku telan...

kenapa disaat aku sudah mampu tersenyum,
senyumku kini hilang tiada seri,
disaat aku telah temui sinar bahagia
ianya hilang hanya dalam sekelip mata
mungkinkah sekali lagi aku derita???

mutiara jernih ini sekali lagi gugur
saat ku mencari & kutemui tentangnya
betapa rapuhnya hati ini tak lagi dapat kubayangkan
hancur juga harapan yang telah kupertaruhkan
kau yang selama ini aku genggam
akhirnya terpaksa jua aku lepaskan..

kini harapan tidak lagi aku sandarkan
hanya mampu menyapa dugaan yang bertandang
aku harus cekal, aku harus kuat, aku harus sabar
kerana hanya aku yang akan menjadikan diriku kembali seperti dulu
kini, masa telah menjadi penentu akan jalan hidupku

aku akan terus mengatur langkah tanpa berpaling lagi
takkan lagi menunggu sesuatu yang bukan dicipta untuk aku
tidak sesekali aku menyesal dengan apa yang berlaku
mungkin kita tidak akan dapat bersatu di dunia sementara
tapi mungkin kita akan dapat bertemu di syurga selamanya

air mata ku ini akan terus menjadi saksi
kaulah penyeri.. hanya kaulah yang mampu mewarnai
namun segalanya telah menjadi saksi yang pasti
kau akan tetap jua pergi kepadanya yang sedang menanti
doa turut aku limpahi, semoga kalian terus kekal abadi...




nota kaki lima : khas buat khalifah itu yang telah pergi..pergi hanya kerana berkorban semata2 utk menjaga hati.. (@_@)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home