Yanie Mohd Zaki's

pujangga berpesan



kadang-kadang kita tak sedar,
ade kata-kata kita yang mengguris perasaaan orang lain,
ade hati-hati yang ter'sentap' dengan tingkah laku kita,
ada yang menangis dek kerana sikap kita yang menggila,
tapi kita juga sedar, kita ni pun hanya manusia biasa,
sedang belajar untuk menjadi lebih dewasa

namun sebagai manusia biasa, sikap itu adalah biasa,
terkadang kita rasai, semua orang selesa dengan cara kita,
suka bergaul dengan kita, satu 'kepala' dengan kita,
ketawa bersama-sama, tetapi menangis seorang diri,
pelik tapi benar, namun itulah manusia,
punya pelbagai demensi tersendiri.

Sebagai seorang manusia,
kita perlu belajar utk sabar,
redha dan percaya dengan takdirNya
setiap caturan yang telah dibuat,
ade kisahnya, ada natijahnya
sampai masa diri sendiri akan merasai kebenarannya.

Sifat ikhlas itu indah,
tapi amat sukar untuk diluah
lebih payah untuk istiqamah
beruntunglah buat mereka yang terdidik sendiri
kerana pasti syurga mengiringi

Hapuskanlah buruk sangka dalam diri
pasrahlah dengan ketentuan illahi
jika riak dan bongkak menguasai hati
kelak menjadi api, terbakar sendiri :)









Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home