Yanie Mohd Zaki's


Tak semua apa yang kita hajatkan kita akan dapat.
Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu..
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita hambanya..

Apa yang boleh aku buat hanyalah memohon doa..
Doa..doa..doa dan doa lagi.. tanpa adanya jemu dihati
kata orang doa adalah senjata orang mukmin bukan?
itulah tugas aku.. sebagai hambanya.. aku harus redha
perlu mensyukuri apa yang Allah bagi sehingga kini.

Hajat aku??
banyak.. terlalu banyak..
banyak yang aku nak capai lagi
banyak yang aku nak lakukan lagi
tapi sekiranya allah tak izinkan lagi
Aku tetap takkan dapat hajat aku.

Hajat.. aku akan sentiasa berhajat
Moga suatu hari nanti
Allah perkenankan doa-doa aku
Allah tunaikan hajat-hajat aku lagi
Allah keringkan air mataku yang berhajat

Ya Allah.. aku berhajat dengan Mu..
Sampaikanlah aku kepada hajatku
Dan jadikanlah aku orang-orang
yang sentiasa mensyukuri nikmatMu
Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan tugas-tugas sebagai khalifah di bumi Allah ini.. syukur atas kurniaan kesihatan.. iman dan amal.. semoga kita semua beroleh pahala dan keberkatan buat bekalan di akhirat sana.

Alhamdulillah.. tahun 2013 yang lalu berakhir dengan begitu baik sekali. banyak peristiwa yang berlaku selepas aku stop dari membuat perkongsian di blog ini. Kini dah masuk tahun 2015. Lebih kurang 2 tahun aku tidak lagi menjadi bestfriend kepada blogger. Bukan kerana punya masalah tetapi kerana kekangan-kekangan yang ada membataskan aku utk mengadap blog ni.

Setelah 2 tahun, hidup aku kini banyak yang telah berubah. Alhamdulillah.. semoga ianya terus berubah kearah lebih baik lagi dan lagi. Semoga Allah redha.. mungkin juga dari segi pemikiran dan sikap aku lebih matang dari dulu, namun ada ketika bila disapa rakan-rakan sekuliah semasa di USM dulu, perangai lama kembali muncul, Namun tiada satu pun yang aku kesalkan. Aku masih aku yang dulu walaupun ada yang kata berbeza. :)

Sehingga kini aku masih belum bekerja.. Ditakdirkan oleh Allah.. aku terpilih untuk menyambung lagi pengajian di peringkat Master di UPSI dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Mulanya, UPSI bukanlah pilihan utama untuk menyambung bidang ini. namun pilihan Allah itu lebih baik bukan? mungkin ada hikmahnya aku disini.

Mungkin siapa yang pernah jadi followers blog ini tahu aku bukanlah asalnya dalam bidang kaunseling. Kenapa lompat bidang? sejujurnya bidang kaunseling ini adalah bidang pertama yg dipilih semasa mengisi borang degree UPU. Namun waktu itu juga, bukan rezeki aku utk sambung dlm bidang yang cukup aku minati. Tapi Allah lebih tau apa yg terbaik buat hambanya kan? Aku terus usaha memohon bidang ini utk sambung di peringkat sarjana. Alhamdulillah.. dengan doa dan harapan yang tidak putus2 akhirnya aku disini. insyaAllah.. setahun dari sekarang akan aku habiskan pengajian sarjana ini. Doakan bersama yee :)










Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. harini 22 April 2015, dapat juga ruang dan peluang untuk singgah di blog ini. Dah terlalu lama ianya terbiar..  2 tahun mungkin... Sepi..  sepi tanpa sebarang coretan mahupun kisah. Sudah terlalu banyak kisah-kisah yang berlaku pada diri dan kehidupan 2 tahun lalu, berlalu tanpa sebarang coretan kata-kata dan perkongsian pengalaman dan peristiwa disini.

Sungguh aku rindu.. rindu untuk bercerita.. rindu untuk menaip setiap baris kata-kata.. rindu untuk buat sesuatu yang diri sendiri suka. insyaAllah semoga dipermudahkan urusan seharian dan masih lagi mampu untuk berkongsi rasa, suka dan duka disini. InsyaAllah..

Doakan perjalanan kehidupanku berlalu dengan baik-baik sahaja . Moga Allah jaga kita semua :)
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home