Yanie Mohd Zaki's

Bismillah...

Hari ni 31 Ogos 2015.. Selamat Hari Kemerdekaan buat semua warga Malaysia!!

Tahun ni tahun ke 58 negara kita menyambut hari kemerdekaan..

tapi merdekakah kita sebenar-benarnya?

merdekakah hidup kita?

merdekakah jiwa kita?

krikk kriikk...

Harini cuti umum. Pagi tadi Ummi join perbarisan utk kakitangan awam. Tahun ni buat di Bachok. Tapi ummi cakap tak berbaris pun..hanya berkumpul n amik markah je.. dalam 9.30 pagi semua dah bersurai..

Kat kelantan dah banyak yang berubah dari segi sambutan. Masih ingt lagi dulu masa kecik2 ade je perarakan kereta berhias. Kami anak2 staff Yakin ni memang disuruh join. dipakaikan mekup dan baju cntik2.. pastu naik kereta berhias n dok lambai2.. sempat la merasa macam vvip atas tuh hihihi

Tapi sekarang xdak dah.. perbarisan pun xdak. Bunga api besaq2 pon xdak dah.. rasanya sebab sultan kami xnak membazir kot.. yelah.. benda2 macam tu nak kne pakai duit. daripada membazir camtu baiklah hulur dkt asnaf2 ataupun mereka2 yg kurang bernasib baik kan..

Hari ni selain dari nak pi makan kenduri rumah sedara petang nanti, macam biasa lah kalau hari cuti je rasa nak kemas bilik. bila kemas sepah balik, lepas tu kemas balik. hihihi biasalah bile dok ada anak buah ni, layankan aje kalau deme nak sepahkan. Apelah sangat setakat nak kemas bilik tu banding dengan senyuman n gelak tawa deme.. heee kesayangan ambo tuhhh..

okey.. nak sambung kemas.. Salam Kemerdekaan buat semua! Sehati sejiwaaaa :)


kakak ayana & abang hakim 

 biasanya kemas macam ni sehari dua je. 
masuk je abg akim n kakak ayana mmg kelauttt jadinyee


Bismillah..


Alhamdulillah, Dah selesai semua.

Semalam ada buat buat solat hajat dekat rumah mama kakNgah. Tak buat besar pun. Panggil orang surau & keluarga terdekat je.

Solat hajat ni dibuat utk memohon kelancaran bagi pembedahan abang hakim yg dijangka awal bulan 9 ni dan juga utk kelahiran baby baru kakNgah bulan 11 nanti.

Yang paling risau adalah operation abg hakim. Abg hakim akan buat open heart utk tutup balik lubang yg ada dekat jantung dia.

Kalau tengokkan keadaan dia, siapa sangka yang dia ada penyakit jantung. Sangat2 aktif dan sebagai makLangnya, yanie sangat2 bangga dengan dia. Dia sangat tabah, sangat kuat walaupun kadang2 nakalnya tu Ya Rabbi :)

Tiap operation pastinya ada risiko, tapi kami harapkan semoga semuanya akan baik2 sahaja dan abang hakim akan jadi normal macam orang lain dan dia takkan rasa dia ada kekurangan ataupun perbezaan dgn org lain bila dia besar nanti.

Mohon sahabat2 semua doakan ank buah saya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

MakLang sayanggg abang :)














Bismillah..

tengah scroll newsfeed di FB, tetiba ternampak status yg ditag oleh akak kau. Ucapan selamat pengantin baru!

Serius aku terkejut, kaku seketika. Debar rasa didada dan tetiba rasa sedih menjengah di hati..

Ya Allah kau dah menikah!

Kita penah jadi kawan, kita penah suatu masa dulu jadi sangat rapat. Macam adik beradik. Kita dua ade nama panggilan masing2 yang hanya kita dua je tahu.

Dulu asal aku ada masalah atau sedih mesti kau ada. Mesti kau jadi pendengar yg setia. Kau banyak bg nasihat dan suruh aku jadi kuat!

Tapi.. dah lama kita lost contact kan.. Mungkin salah aku.. yaa.. aku sibuk dengan dunia aku sejak aku masuk Degree..aku dah jarang contact kau. Ak dah jarang spend time masa aku utk borak2 dengan kau. Maafkan aku kawan.. salah aku :(

Kau tahu? aku pernah cari kau tau, aku pernah wssap no lama kau, tapi langsung tiada balasan. Mungkin kau dah tukar no agaknya. Aku menyesal sbb tak pm kau di FB.. aku segan.. aku malu sbb kita dah lama x contact.

Mungkin di hari yg paling penting dalam hidup kau ni, mungkin kau terlupa nak jemput aku. Mungkin kau terlupa nak ajak aku hadir majlis kau, Mungkin kau lupa nak ajak aku utk sama2 raikan kebahagiaan kau. takpe.. aku tahu kau lupa kan..

Sekarang kau dah ada tanggungjawab baru. Semoga berbahagia dengan pasangan kau. Aku doakan semoga kau bahagia sampai syurga.

Aku cuma nak kau tahu, sampai sekarang aku tak pernah lupakan kau, Aku tak pernah lupekan persahabatan kita dan aku akan simpan kenangan kita walaupun kau mungkin dah lupa.

Selamat Pengantin Baru "Achik" .........
Bismillah.. Assalamualaikum..

Salam jumaah mubarakah buat semua..

Hari ni hari jumaat. cuti buat warga Kelantan yang bekerja.  Alhamdulillah.. hari jumaat adalah hari berkumpul utk keluarga abuya.. makan sama2 even dapat borak2 pasal itu dan ini. Hari2 lain memang everyone buzy dengan hal masing2.

Ok back to topic.

Harini nak share pasal yanie continue master degree. Alhamdulillah.. bila dapat tawaran untuk sambung master di UPSI setahun yang lalu. Kejap je rasa. Dah setahun rupenye.

Kenapa sambung Master?

Sejujurnya keputusan untuk sambung master ni tak dipengaruhi oleh sape-sape pun. Yanie sendiri yang buat keputusan. Lama jugak fikir and ambil masa. Tapi mungkin kerana minat yang terlalu mendalam dalam bidang kaunseling mengukuhkan lagi keputusan untuk sambung.

Masa buat Degree dulu tak berkesempatan atau lebih tepat lagi tak berpeluang nak ambil bidang kaunseling, tapi yanie rasa tak lari jauh pun komunikasi dengan kaunseling. Komunikasi pon sememangnya digunakan untuk entertain client nanti. subjek PR dulu adalah bonus untuk bakal kaunselor nanti.

Untuk Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling ni, yanie memilih untuk buat coursework sahaja. Coursework ni perlu masuk kelas, ambil exam, buat mini tesis dan juga kena buat praktikum. Kelas master di upsi hanya pada hari jumaat dan sabtu je. Jadi hari2 lain tu memang free dan kebanyakan masa free tu yanie banyak lepak di library je. Buat eseiment dan study. Cuti semester pun sama macam pelajar degree cuma master tak da cuti mid term yee..

Ramai yang tanye susah ke buat master?

Sebenarnya master ni tak susah bila kita minat ape yang kita belajar tu. Yang susahnya bila kita rasa benda tu susah tapi kita tak usaha and tak nak fight. Yanie memang masa mula2 masuk kelas totally out and blur. Memang langsung takdak basic. Tapi bila kita masuk kelas, belajar dan faham insyaAllah kita akan dapat adapt. Buktinya? nanti yanie tunjukkan result 2 semester yg lepas ye.

Kenapa pilih bidang Kaunseling?

Ok.. bidang kaunseling memang antara bidang yang paling yanie minat sejak dari sekolah lagi. Masa sekolah dulu sangat2 kagum dengan kaunselor sekolah dan yanie berazam utk jadi macam tu juga suatu hari nanti. Kaunseling ni banyak berkait dengan kehidupan seharian kita. Sebagai manusia kita
tak pernah lekang dari masalah, stress mahupun tekanan. jadi bila kita tahu tentang kaunseling, ianya sikit sebanyak akan membantu kita untuk mencari jalan penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi.


 Result Semester 1


Result Semester 2

Nah ni bukti yg sambung master bukanlah susah. Lagi senang dari degree rasanya. hehehe.. 

Jadi bagi yang nak continue master nanti, choose wisely. Pilih bidang yang betul2 anda minat, sebab anda lah yang bertanggungjawab atas segala pilihan yang akan anda buat. Usah takut untuk sambung. Ilmu ni sampai tua pun kita boleh cari lagi.Takda istilah rugi dlm mencari ilmu. Semua perkara bermula dengan sukar tapi insyaAllah akhirnya akan mudah..

Doakan moga yanie dapat habiskan semuanya dgn cepat dan berjaya utk jadi seorang kaunselor berdaftar satu hari nanti.. aminn :)


Wallahuallam..
Bismillah...

Saat itu, dimana suatu saat yang buat diriku buntu. Buntu untuk memilih, untuk membuat pilihan. Dan setelah cukup masa diberi, keputusan telah dibuat, dan aku menolak.


Yaa.. saya menolak. Maaf....
Sungguh2 kata maaf itu aku mohon pada empunya diri andai keputusan itu menyakitkan.

Ianya juga begitu sukar buatku. Namun aku yakin. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Dan aku juga mahu kamu yakin bahawa ada sesuatu yang Allah sedang rencanakan buat kita..

Keputusan ini bukanlah kerana adik beradikku, bukan juga kerana ummi dan abah. tapi kukira ianya jawapan dari doa2 yang sama2 kita pinta...

ingat tak lagi?
aku pernah meminta kamu berikan aku lebih masa. mungkin aku sendiri sukar mendapatkan jawapan. mungkin juga Allah masih mahu menguji. dan dengan masa itu, aku gunakan sungguh2 untuk berbicara denganNYA, memohon untuk diberikan jalan terbaik, diringankan resah dalam hati, dianugerahkan rasa dalam jiwa. namun, "rasa" itu langsung tiada.

Maaf sekali lagi, kerana mengambil masa terlalu lama dan memberikan jawapan yang hampa.

Aku tahu kamu kecewa. Mungkin juga kamu berkecil hati. Maaf..maaf dan maaf..

Permohonan maaf ini juga buat keluarga kamu. Aku tahu mereka telah mulai suka akan aku. Aku tahu mereka telah menaruh harapan. Aku tahu mereka cukup teruja sejak diawal taaruf antara keluarga kita. Tapi maaf.. Aku masih belum dapat menerima.. 'Rasa' itu belum kunjung tiba.

Aku bukan menolak kerana ada yang kurang padamu. Tidak...Tidak ada yang kurang.

Bagiku, kamu punya segalanya, ilmu, agama, kerjaya juga harta. Namun, semuanya tidaklah begitu bermakna buat aku. Bukan kerana aku memilih, tapi aku hanya menurut kata hati. Hati yang Allah telah beri, yang lebih memahami dan dapat merasai..

Aku benar-benar yakin dan percaya. Allah sedang susun kehidupan kita dengan baik. Bersangka baiklah padaNYA.. Suatu hari nanti, kamu akan temui pasangan yang benar-benar Allah jodohkan buatmu.

 Jangan gusar andai jodoh sedikit terlewat, ada hikmah yg Allah aturkan. Yakinlah..

walaupun kita tidak lagi berhubung, dan aku tahu kamu tidak akan pernah terjumpa coretan ini, namun aku tetap ingin memohon maaf dan berterima kasih atas taaruf yg pernah berlaku. Terima kasih buat keluarga kamu yang cukup meraikan dan menerima baik diri ini yg serba serbi kurang.

Doaku moga jodohmu dipermudahkan seperti mana aku meminta Allah meringankan urusan jodohku. Juga aku memohon supaya Allah gantikan kepada kamu seorang muslimah, gadis yang solehah yang dapat bersamamu menuju sebuah keluarga yang sakinah. Allahumma aminn..

Usah bersedih dan senyumlah, kerana hidup kita cukup singkat untuk kita habiskan dengan perkara yang sia-sia. Senyumlah, kerana dengan senyuman dapat menyembuhkan, dengan senyuman dapat melegakan dan dengan senyuman juga dapat menguatkan. Walau bagaimana sukarpun keputusan yang kita dah lakukan, senyumlah.. walau rasa terpaksa.. senyumlah.. Moga Allah gantikan segalanya dengan kebahagiaan buat aku dan kamu..

Maafkan aku..





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home