Yanie Mohd Zaki's

...Semanis Madu...

Salam Alaykum ! :')

hye semua! maaf sbb dah lame x muncul kt blog nie.. mase utk buat entry tu xde sbb duk sebuk dengan keje2 kt ofis.. Alhamdulillah kita semua dah masuk bulan Ramadhan skrg ni. Maseh tak terlambat rasenye utk ciknoniey nak ucap hepy fasting utk semua kwn2, sedare mare n yg mengenali diri ciknoniey ni. Semoga makin bertambah iman dan amal kita di bulan mulia ni.. Amin..

Entry ciknoniey harini KHAS ciknoniey buat untuk sahabat, merangkap teman serta kawan yg sungguh istimewa buat ciknoniey. sebelum tu meh ciknoniey perkenalkan dulu sape insan istimewa untuk entry ciknoniey kali ni. ciknoniey panggil dia CIKMADU. kenape? hurmm.. mungkin sbb die manis sgt kot orangnye..hehehhe.. kami kenal seingat ciknoniey tahun 2007, so dah nak masuk 6 tahun dah. Cikmadu ni orangnya sangat manis, baik, santun, rendah diri, bagus dalam bersahabat dan ciknoniey sangat suka cara dia berkawan. Di awal perkenalan kami, kami bukanlah bersahabat baik, malah boleh dikatakan kami bermusuh, dan ciknoniey cukup2 tak suke pada CIKMADU ni pada mulanya. kisah itu biar ciknoniey n cikmadu saja yang simpan, sbg kenangan kami bersama di hari tua kelak. Namun, kuasa Allah itu tak dapat kita nak jangkau...

Sekarang, Allah tautkan hati ciknoniey dan cikmadu dengan jadikan kami sahabat. Malah seperti saudara kandung sendiri. Bila kami bersua di alam maya, ciknoniey tak segan untuk untuk menyapa dia, tak malu untuk bercerita dengannya, takde rase kekok untuk bergelak tawa bersamanya, yang paling membahagiakan, walau kami berada jauh beribu batu, ciknoniey dapat rasakan seolah2, dia hadir untuk meminjamkan bahunya sebagai alas buat ciknoniey alirkan air mata yang mengalir dan terasa seperti jari-jemarinya menyapu tiap manik2 jernih yang jatuh di pipi ini. Ciknoniey rase cukup bertuah, sebab di saat ciknoniey gembira, dia ada untuk berkongsi bahagia, dan disaat ciknoniey sedih, dia turut ada untuk bagi semangat dan juga kekuatan.

Sumpah! ciknoniey sungguh bahagia dengan persahabatan yang telah diatur oleh Sang Pencipta. tidak dapat ciknoniey bayangkan dengan kata-kata betapa indah jalan telah diaturkan olehNya. Ciknoniey rase cukup bertuah, kerana selama 24 tahun ciknoniey hidup, ciknoniey masih dikelilingi ramai sahabat termasuklah cikmadu. Ciknoniey berdoa, semoga Allah xambil orang-orang yang ciknoniey sayang dan "rase" bahagia ini sebelum tiba waktunya. Apa lagi yang ciknoniey nak minta dari Allah, cukuplah dengan rasa bahagia ini bila dikelilingi sahabat2 yang seperti darah daging sendiri. Tempoh 6 tahun kami kenal mungkin bukan satu tempoh yang lama, namun dalam tempoh ini, walau kami tidak pernah bersua secara 4 mata, namun hati ciknoniey kuat mengatakan, dia adalah antara sahabat yang akan mendoakan ciknoniey jika satu mase nanti ciknoniey pergi dahulu sebelum dia. Itulah juga sikapnya yang sangat ciknoniey kagumi, tidak pernah tidak mendoakan sahabat2 nya yang lain. Tak putus2 ciknoniey ucap syukur atas nikmat pertemuan kami yang tidak dijangka ini. sungguh! dia begitu istimewa.

Satu ketika dahulu, kami pernah berkongsi rasa yang sama, berkongsi duka yang serupa, tp sekarang Allah terlebih dahulu temukan dia dengan lelaki terbaik pilihan Allah satu-satuNya. Dia berhak untuk dapat kebahagiaan itu, dan ciknoniey cukup2 yakin, jodoh yang Allah telah temukan untuknya adalah yang terbaik dari yang sebelum ini. InsyaAllah, Allah tu Maha Adil, dulu Allah beri sedikit ujian buat cikmadu, tp sekarang Allah telah datangkan kebahagiaan yang lebih dari segalanya. Ciknoniey sangat bangga dengan cikmadu, walaupun dah bermacam2 dugaan, rintangan, halangan yang datang, namun dia tetap laluinya dengan penuh yakin, yakin dengan setiap doanya dan yakin dengan setiap jalan yang dipilihnya.

Ciknoniey juga yakin, setiap janji-janji Allah itu adalah pasti, ciknoniey dah pun redha dengan setiap percaturan yang dah Allah aturkan untuk hidup ciknoniey, dulu ciknoniey pernah gagal, sampai terduduk menangis memikirkan nasib diri, tapi segala susah payah ciknoniey dulu Allah dah bayar dengan kejayaan dan kebahagiaan yang ciknoniey rasa sekarang. ciknoniey cuba untuk jadi lebih kuat, lebih tabah dari sebelum ni, mungkin sebelum ni cikmadu nampak ciknoniey kuat ( memang dia sentiasa ckp mcm tu ) tp sebenarnya tidak. ciknoniey berpura-pura gembira bila bersama cikmadu sbb ciknoniey tak nak cikmadu nampak ciknoniey lemah. ciknoniey cukup2 lemah. Ciknoniey tipu diri sendiri. Kegembiraan itu hanyalah sandiwara semata walhal dalam hati ciknoniey sangat-sangat pedih dan sakit bagai ditusuk belati tajam. 



Tapi selama 6 tahun kami bersahabat, ciknoniey banyak belajar dari cikmadu. Dia dah ajar ciknoniey segalanya.  Ciknoniey dah tak macam dulu lagi, hidup ciknoniey sekarang penuh senyuman dan kegembiraan. Ciknoniey sungguh bahagia dengan "RASA" yang Allah hadiahkan ni. Ciknoniey punya keluarga yang ambil berat, punya adik-beradik yang begitu rapat, punya saudara-mara yang ramai, punya sahabat baik, iaitu ecah dan hani yang sentiasa ada bila ciknoniey memerlukan, punya adik beradek baru di usm, cass, ika, yuss, shabi, pah, qiqi, nash, acap, mas, imah, punya teman baik untuk bercerita iaitu cikSUeFarah di kampung, punya teman sehati sejiwa NikKhadijah, punya rakan dan sahabat walau dimana saja ciknoniey berada. Saat-saat bersama mereka adalah "nadi" untuk ciknoniey terus kuat menapak di muka bumi Allah yang luas ini. Dengan semua ini adakah perlu untuk ciknoniey meminta-minta lagi dari Allah??

Ciknoniey jugak tahu Allah terlalu sayangkan ciknoniey sehingga Dia datangkan ujian untuk ciknoniey hadapi. Ciknoniey masih cuba untuk jadi hambaNya, serta khalifahNya yang terbaik. Cikmadu sememangnya dah tau 'niat' yang ciknoniey dah pasang sebelum ni tp masih tak dapat ciknoniey tunaikan, dan dia juga tahu "mengapa". Ciknoniey tak pernah berhenti berdoa agar Allah bagi peluang untuk ciknoniey lunaskan niat ciknoniey yang satu itu. Ciknoniey dah taknak ambil peduli ape saje yang orang cakap pasal ciknoniey. Biarlah mereka terus bercerita, yang penting ciknoniey tau ape yang ciknoniey buat, dan Allah tau setiap niat yang ciknoniey dah lafazkan. Biarlah ianya antara Allah dan ciknoniey sahaja yang tahu. Allah tu lebih Mengetahui setiap dari hambaNya.



CikMadu, kita berdua pernah alami nasib yang sama, Allah uji kita bila dia bagi kita rase pedih, sakit dan merana. Tapi perancangan Allah itu lebih hebat,  Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berdua. Saya tak pernah rase menyesal mengenali awak. Mungkin suatu ketika dahulu saya membenci awak, tp sekarang Allah hadirkan perasaan sayang yang melimpah ruah untuk awak. Tak pernah terfikir sedikit pun hubungan kita akan menjadi seerat ini. 


CikMadu, betapa saya rindu akan ukhwah yang terbina antara kita, sungguh indah sekali. Sy amat2 mengharap doa dari awak. saya harap awak dapat doakan sy supaya Allah jawab doa saya sama macam Allah dah jawab doa awak. mungkin juga Allah masih simpan "PELANGI INDAH" yang saya harapkan kerana masa untuk saya masih belum tiba. Semoga Allah pertemukan kita suatu hari nanti, dan di saat itu, saya pasti akan memeluk awak untuk meminjam sedikit kekuatan. Saya juga pasti air mata yang mengalir ini adalah air mata kegembiraan atas kebahagiaan yang akan awak rasai kelak. Air mata ini juga akan jadi peneman saya sehingga Allah hadiahkan saya "PELANGI" yang telah sekian lama saya nantikan. 


Terima kasih kerana sudi berteman dengan saya. terima kasih kerana sudi mendengar cerita-cerita saya, menjadi pendengar yang setia, terima kasih untuk segalanya. Selagi nafas maseh berbaki doa saya tidak akan putus untuk awak juga, Barakallah cikmadu, Semoga kalian bahagia hingga ke syurga.. Sayang kamu lillahi..


Entry ini ciknoniey buat utk cikmadu sebab dia akan meninggalkan zaman bujang tidak lama lagi. Mungkin selepas ini hubungan kami tidak lagi akrab seperti sekarang. Cikmadu dijangkakan akan diijabkabulkan pada 1 sept ini di masjid Singapura. Oleh kerana ciknoniey tidak dapat menghadiri hari bahagia beliau, ciknoniey hanya mampu menghantar layangan doa sahaja, semoga beliau bahagia.


ikhlas, tulus dari hati,
... CikNoniey Firyanie ...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home