Yanie Mohd Zaki's

Masa kau dibuang
kau cari aku
masa kau sedih
kau cari aku jugak
masa kau bosan
kau datang pada aku

sekarang, semua dah pulih
kau pandang aku sipi-sipi je
kau nak buang aku terus kan?
kau memang amik kesempatan pd aku!
you take me for granted!

bodohnya aku
layan sedih kau
layan kecewa kau
tapi mcm ni kau buat aku!

Kau buat aku macam tak da perasaan
kau buat aku macam tak dak harga diri!
ini balasan yg aku dapat buat baik pada kau!
ini yg kau bagi bila aku selamatkan kau!

tak pe.. hati aku kuat,.
pergilah..
kau pergilah pd orang yg buang kau,
jangan kau dekat dgn orang yg selamatkan kau ni!


Aku tujukan untuk hang Bunga..

Bunga..

awat dengan hang ni..
dah2 la tu dok menangih jaaa..
apa yg hang dok sedih2 nye lagi..
sian kat ayaq mata hang dok kluaq
utk benda xdak pekdah ni

hang dok risau pa..
hang dok ada ummi abah lagi
hang ada adik beradik hang lagi
kawan2 hang pon ramai jaa
depa dok ada ja selalu dgn hang
awat hang nak pikiaq benda yang xpekdah bungaa

hang kena banyak sabaq bunga
kita hidup ni xlepas dari ujian
Allah tu punyalah sayang kat hang
dia bg ujian kecik ni ja utk hang
cer hang tengok org lain
lagilah besaq masalah depa tuh
lagi teruk dari hang
tapi pasaipa depa still tabah lagutu?

sebab depa tau Allah tu wujud
depa sedaq depa sedang diuji
depa tau Allah tu nk uji iman depa
sbb tu depa still sabaq, sabaq n sabaq jaa

yaaa..
aku tau hang sedih,
aku tau hang kecewa
aku tau jiwa hang sengsara
tapi meh sini ak nak habaq kat hang

hang kan tau Allah tu takkan uji kalau umat dia tak mampu
hang tau kan benda tu
dari dlu lagi ak dok dengan hang
aku tau macam2 rasa dah yang hang dok telan
aku tahu susah payah hang
aku tau masa susah senang hang
sebab dah 27 tahun ak ada dengan hang
dah 27 tahun ak dok rawat jiwa hang

sikit lagi bungaa...
sikit je lagi..
aku mintak hang bertahan n sabar sikit je lagi..
aku tau hang tak kuat
aku tau hang pendam semuanya sorang-sorang
aku tau hang menangis tiap malam
aku tak mo tengok hang dok lagu tu
aku x boleh tengok hang sedih macam tu
sebab tu aku selalu nasihat kat hang bungaa

bunga..

hang tak leh laguni
hang kena bangkit
hang kena kuat
hang kena sabaqq

Allah tau ape yang terbaik buat hang.
hang cakap kat aku yg hang percaya dengan Allah
hang yakin dengan rancangan Allah kan
jadi aku nak hang jangan dok nangeh lagu ni lagi
cukuplah hang bersedih
cukuplah hang seksa jiwa hang
aku tak mampu nak tengok ayaq mata hang lagi
aku tak mampu.

bunga..

aku rasa ape yang hang rasa
aku tau ape yang hang dok pikiaq
tapi bunga,
aku yakin hang boleh atasi benda ni
hang dah janji dengan aku
hang nak jadi kaunselor yg berjaya
hang nak bantu anak-anak pelajar yg ada masalah
hang nak bantu jiwa mereka
hang nak rawat derita mereka

tapi kalau hang dok laguni
macam mana hang nak jadi kaunselor hebat??
kalau jiwa hang serapuh ni??

sedaqlah bunga..
hang kena kuat
hang kena tahan
tak lama lagi dah
aku mintak hang kuat n sabaq sikittt ja lagi
aku yakin suatu hari
hang akan  tersenyum dengan perancangan Allah

dah la bunga,

lap ayaq mata hang
sudahlah...
tak payah nak dikenang dah
dah laa naaa..
aku ada dengan hang
dan sampai bila2 aku sentiasa ad dengan hang

dah.. maghrib dah ni..
pi mandi, amik wudhu
hang doalah pada Allah
moga Allah berikan jalan
moga Allah mudahkan
moga Allah ringankan apa yg hang rasa la ni..

ok bunga..
janji dengan aku naaaa..
kalau hang sedih hang bukak balik blog ni
hang baca balik pesan aku ni

aku sayang hang tau!
aku nyawa hang
aku sentiasa ad untuk hang

 bye bunga, sayang hang! :)






Assalamualaikum..

Aku dok rase aku ni dah selalu buat baik kat orang
dah selalu sangat dok jaga hati orang
nak cakap ape-ape pon pikiaq dulu perasaan orang
tapi last-last yang aku dapat, cuma sindiran orang

pheww..
susah betoi nak jaga hati
susah sungguh nak sangka baik kat orang selalu
susah nak ikhlaskan diri tok sentiasa buat baik kat orang

Tapi,
walau susah, aku buat jugak
walau payah, aku telan jugak
walau sukar, aku hadap jugak

Sebab apa?
sebab aku cuba nak jadi orang baik
Aku cuba nak train diri aku sentiasa sangka baik kat orang
Sebab aku nak orang balas kebaikan aku dengan doa-doa diorang
sebab aku nak orang sayang aku sebab aku pon sayang diorang

Aku pon cam deme gak..
ada hati..ade perasaan..
aku bukan maksum..
hati nk keraihhh jaaaa
nak butakan mata pekakkan telinga.

Ada masa memang aku panas
kalau dah orang dok petik nama kita
kalau kita salah tak palah..
tapi ni salah dia,
kita pulakkk yang jadi kambingnya
Ehhh panas pulak hati kitaaaa..

Kadang-kadang ada gak hati jahat aku kata
awatlahhh sampai hati deme dok buat lagu tu kat aku
padehal aku ni lah yang dok backup deme
aku nilah yang dok senangkan keje deme
aku nilah yang dok cover helah2 deme sebelum ni

tapi sampai hati deme
sampai hati deme sindir aku
sampai hati deme dok toca aku dari belakang
sampai hati deme dok sakan kutuk mengata aku

Selagi aku sabar.. aku akan sabar
sebab aku dah janji pada diri aku
biar deme nak buat aku
asal jangan sekali aku buat deme

tak pelah,
hati, perasaan aku..
aku serah je kat Allah
Rasa sakit aku..sedih aku..
kecewa aku.. tangisan aku..
Hanya Allah yang tahu

Maafkan aku jika aku belum menjadi yang terbaik buat kalian.. :(





Assalamualaikum..

29 Oktober 2015
10.08 malam

Malam ni malam Jumaat..
Malam yang cukup tenang..
Cukup indah..

Malam ni
Di Tanjong Malim,
Allah turunkan hujan,
Untuk membersihkan bumi..
Memberi air kepada makhluk lainNya,
Memberi udara yang cukup dingin,
Selepas teriknya mentari di siang hari..

Malam ni juga,
Yanie buka satu langkah
Yanie sendiri tidak pasti
Adakah betul tindakan yanie?

Mohon doakan..
Moga langkah yang yanie ambil ini,
Membawa kebaikan..

Bila kita berdoa diwaktu hujan,
katanya...
adalah antara waktu-waktu
yang mungkin mustajab doanya..

Jadi,Sama-samalah doakan yanie ye.. :) :) :)

Dia hadir bertandang..
bersendirian... dikala malam..
hadir untuk mengenali..
untuk bertaaruf..
berbicara dengan orang tua
sekadar menjalin silaturahhim
antara dua keluarga
namun, bila pulang
langsung diam tiada kalam

Beberapa ketika selepas pertemuan pertama,
dia hadir lagi.. kali ini
menyapa pula di alam maya
katanya nombor ku diberi oleh saudaraku
tapi untuk seketika cuma
dia sekali lagi hilang..
sunyi tanpa kata..

Ya..aku menantikan sapaanya,
ak menunggu kehadirannya,
setiap hari..
Ada sesuatu..
yang benar-benar ingin aku tanyakan,
tapi ruang itu belum lagi tiba..
biarlah.. biarlah soalan itu aku simpan,
akan ku tanya bila dia sendiri memberi peluang

Adakah perlu untuk aku menanti?
Adakah perlu untuk aku berharap?
Dalam kalam terakhirnya,
ada sesuatu yang aku sendiri belum lagi faham
ia menjadi tanda tanya
apakah maksud dia yang sebenarnya

Ada rasa yang Allah titipkan dalam hati ini untuknya
setelah beberapa ketika,
dari pertemuan pertama
aku dapat rasakan
rasa yang suci
yang aku sendiri tidak mengerti
rasa yang pertama kali hadir dalam hati
kerana itu,
namanya sudah meniti di bibirku,
dalam setiap doa-doaku
mungkinkah dia juga sering menyebut namaku dalam doanya?
Atau adakah ini sekadar ujian dari Allah semata-mata?

Menurut Ummi, di orang yang baik-baik
Menurut adik, dia antara calon pilihan
jadi aku percaya akan pilihan dari keluarga,
adalah pilihan paling baik buatku
namun, sehingga kini,
dia masih berdiam tanpa kata
sedangkan aku,
masih diuji..
Ada yang menghulurkan salam untuk mengenali
Aku buntu.. aku keliru...

Ya Allah.. jika dia yang terbaik bagiku,
Satukanlah hati-hati kami dalam kebaikan
dekatkanlah hati-hati kami
permudahkanlah segala urusan kami

Namun Ya Allah,
jika benar dia bukanlah takdirku,
kau jarakkanlah kami Ya Allah,
Jauhkanlah ingatanku ini padanya

Ya Allah..Jika kehadiranku mengganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka pintaku,
pisahkanlah aku dengannya Ya Allah
meskipun keluarga ku telah menerimanya,
meskipun keluargaku akan kecewa

Jika aku tidak layak berdamping dengannya,
dan aku bukanlah yang terbaik untuk dirinya,
hilangkanlah aku dalam bayangannya,
sejauh-jauhnya hingga jauh ke dada langitMu..

Ya Allah..
Jika bukan aku yang tertulis..
untuk melengkapi separuh dari agamanya,
maka berikanlah jarak antara kami,
dan jagalah hatiku ini
untuk orang yang benar-benar layak
yang engkau telah takdirkan untukku



Andainya dia dapat merasai apa yang aku sedang rasakan :'(
Assalamualaikum...

Allahuakbar.. subahanaAllah... segala puji dan syukur hanya buatMU Ya Rabb.

Terdetik hati malam ni rasa nak meluah di sini.. malam ni hati rasa sayu sangat.. entah kenapa.. mungkin Allah lebih mengetahui apa yang sedang berlegar di fikiran ni..

Teringat dekat ummi abah, adik beradik, anak2 buah. RINDU... kalau kat rumah, hari-hari senyum je dgn telatah dan gelak tawa diorang. Cukup membuatkan hati yang sedih jadi gembira. Kalau kat rumah, ummi sentiasa ada, walau kadang-kadang ada perkara yang tak diceritakan kat ummi, tapi bila peluk je ummi, bermanja dengan ummi, dengar bebelan ummi. sungguh membuatkan hati benar-benar lega.. hilang segala rasa yg singgah di jiwa.

Pernah tak korang rasa korang nak sesuatu.. dan sungguh-sungguh korang minta pada Allah?

Tiap hari, tiap ketika, setiap kali lepas solat fardhu, solat-solat sunat, yanie sungguh-sungguh berdoa minta Allah perkenankan doa-doa yanie, Dengan seikhlas hati yanie merintih meminta-minta.. berbicara di sepertiga malam hanya denganNYA..Ya, ada satu hajat yang sedang yanie pinta dan memohon supaya Allah kabulkan..

Dan tanpa yanie sedar, Allah sebenarnya dah jawab doa-doa yanie walaupun secara kasarnya masih tidak ada kepastian. Benarlah.. Allah mendengar doa tiap-tiap hambaNya..dan Allah memakbulkan doa orang yang benar-benar meminta..Alhamdulillah syukur.. yanie rasa masa tu betapa Allah sayang benar pada hamba-hambanya.. SubahanAllah..

Dan bila Allah dengar doa-doa yanie, dan doa yanie dikabulkan, di datangkan pula ujian. ujian yang agak keliru utk dinilai, yang sukar untuk ditafsirkan.. Allahuakbar..

Yanie sendiri tidak tahu apa yang Allah sedang aturkan, apa yang Allah sedang rancang untuk yanie. Keliru.. dan kini masih Keliru. Sampai menangis bersedih.. Ade sekali rasa sedih datang menyapa, tidak cukup lagikah yanie meminta?? tidak cukup lagikah yanie berdoa?? MasyaAllah.. moga Allah ampunkan dosa-dosa yanie.

Bagimana yanie tergamak mempersoalkan apa yang sedang Allah rancangkan, Bagaiman yanie boleh terfikir untuk ragu-ragu dengan kuasa Allah, bagaiman yanie tidak redha dengan segala ketentuan darinya.. Allah..Allah.. Allah..

Dikala tersedar yanie mengucap panjang.. jatuh air mata jernih mengenangkan betapa yanie tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi.. Astaghfirullahalazim....moga Allah ampuni kekhilafan yanie, moga Allah ampunkan segala dosa-dosa yanie

Malam ni yanie sedar, yanie tak boleh berhenti meminta doa, tak boleh berhenti berbicara denganNya, sebab yanie yakin Allah maha mendengar, Allah maha mengetahui apa yang yanie tak ketahui. Yanie yakin Allah tahu ape yang terbaik buat yanie.  Yanie yakin suatu hari segala rahsia yang Allah simpan akan terbuka juga di saat dan waktu yang tepat.

Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosaku.. jadikanlah aku hamba yang punya lebih sifat sabar, jadikan aku hambamu yang selalu bersyukur dengan segala nikmatMu.. sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah, yang terkadang leka dan lalai, yang sering lupa kewujudanMu Tuhanku..

Doakan yanie, terus kuat dan kuat. semoga Doa-doa yanie juga terjawab.. Semoga Allah mudahkan urusan yanie.. mudahkan urusan semua. Bersangka baiklah pada Allah..

Wallahualam...
Bismillah...

Hari ni 31 Ogos 2015.. Selamat Hari Kemerdekaan buat semua warga Malaysia!!

Tahun ni tahun ke 58 negara kita menyambut hari kemerdekaan..

tapi merdekakah kita sebenar-benarnya?

merdekakah hidup kita?

merdekakah jiwa kita?

krikk kriikk...

Harini cuti umum. Pagi tadi Ummi join perbarisan utk kakitangan awam. Tahun ni buat di Bachok. Tapi ummi cakap tak berbaris pun..hanya berkumpul n amik markah je.. dalam 9.30 pagi semua dah bersurai..

Kat kelantan dah banyak yang berubah dari segi sambutan. Masih ingt lagi dulu masa kecik2 ade je perarakan kereta berhias. Kami anak2 staff Yakin ni memang disuruh join. dipakaikan mekup dan baju cntik2.. pastu naik kereta berhias n dok lambai2.. sempat la merasa macam vvip atas tuh hihihi

Tapi sekarang xdak dah.. perbarisan pun xdak. Bunga api besaq2 pon xdak dah.. rasanya sebab sultan kami xnak membazir kot.. yelah.. benda2 macam tu nak kne pakai duit. daripada membazir camtu baiklah hulur dkt asnaf2 ataupun mereka2 yg kurang bernasib baik kan..

Hari ni selain dari nak pi makan kenduri rumah sedara petang nanti, macam biasa lah kalau hari cuti je rasa nak kemas bilik. bila kemas sepah balik, lepas tu kemas balik. hihihi biasalah bile dok ada anak buah ni, layankan aje kalau deme nak sepahkan. Apelah sangat setakat nak kemas bilik tu banding dengan senyuman n gelak tawa deme.. heee kesayangan ambo tuhhh..

okey.. nak sambung kemas.. Salam Kemerdekaan buat semua! Sehati sejiwaaaa :)


kakak ayana & abang hakim 

 biasanya kemas macam ni sehari dua je. 
masuk je abg akim n kakak ayana mmg kelauttt jadinyee


Bismillah..


Alhamdulillah, Dah selesai semua.

Semalam ada buat buat solat hajat dekat rumah mama kakNgah. Tak buat besar pun. Panggil orang surau & keluarga terdekat je.

Solat hajat ni dibuat utk memohon kelancaran bagi pembedahan abang hakim yg dijangka awal bulan 9 ni dan juga utk kelahiran baby baru kakNgah bulan 11 nanti.

Yang paling risau adalah operation abg hakim. Abg hakim akan buat open heart utk tutup balik lubang yg ada dekat jantung dia.

Kalau tengokkan keadaan dia, siapa sangka yang dia ada penyakit jantung. Sangat2 aktif dan sebagai makLangnya, yanie sangat2 bangga dengan dia. Dia sangat tabah, sangat kuat walaupun kadang2 nakalnya tu Ya Rabbi :)

Tiap operation pastinya ada risiko, tapi kami harapkan semoga semuanya akan baik2 sahaja dan abang hakim akan jadi normal macam orang lain dan dia takkan rasa dia ada kekurangan ataupun perbezaan dgn org lain bila dia besar nanti.

Mohon sahabat2 semua doakan ank buah saya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

MakLang sayanggg abang :)














Bismillah..

tengah scroll newsfeed di FB, tetiba ternampak status yg ditag oleh akak kau. Ucapan selamat pengantin baru!

Serius aku terkejut, kaku seketika. Debar rasa didada dan tetiba rasa sedih menjengah di hati..

Ya Allah kau dah menikah!

Kita penah jadi kawan, kita penah suatu masa dulu jadi sangat rapat. Macam adik beradik. Kita dua ade nama panggilan masing2 yang hanya kita dua je tahu.

Dulu asal aku ada masalah atau sedih mesti kau ada. Mesti kau jadi pendengar yg setia. Kau banyak bg nasihat dan suruh aku jadi kuat!

Tapi.. dah lama kita lost contact kan.. Mungkin salah aku.. yaa.. aku sibuk dengan dunia aku sejak aku masuk Degree..aku dah jarang contact kau. Ak dah jarang spend time masa aku utk borak2 dengan kau. Maafkan aku kawan.. salah aku :(

Kau tahu? aku pernah cari kau tau, aku pernah wssap no lama kau, tapi langsung tiada balasan. Mungkin kau dah tukar no agaknya. Aku menyesal sbb tak pm kau di FB.. aku segan.. aku malu sbb kita dah lama x contact.

Mungkin di hari yg paling penting dalam hidup kau ni, mungkin kau terlupa nak jemput aku. Mungkin kau terlupa nak ajak aku hadir majlis kau, Mungkin kau lupa nak ajak aku utk sama2 raikan kebahagiaan kau. takpe.. aku tahu kau lupa kan..

Sekarang kau dah ada tanggungjawab baru. Semoga berbahagia dengan pasangan kau. Aku doakan semoga kau bahagia sampai syurga.

Aku cuma nak kau tahu, sampai sekarang aku tak pernah lupakan kau, Aku tak pernah lupekan persahabatan kita dan aku akan simpan kenangan kita walaupun kau mungkin dah lupa.

Selamat Pengantin Baru "Achik" .........
Bismillah.. Assalamualaikum..

Salam jumaah mubarakah buat semua..

Hari ni hari jumaat. cuti buat warga Kelantan yang bekerja.  Alhamdulillah.. hari jumaat adalah hari berkumpul utk keluarga abuya.. makan sama2 even dapat borak2 pasal itu dan ini. Hari2 lain memang everyone buzy dengan hal masing2.

Ok back to topic.

Harini nak share pasal yanie continue master degree. Alhamdulillah.. bila dapat tawaran untuk sambung master di UPSI setahun yang lalu. Kejap je rasa. Dah setahun rupenye.

Kenapa sambung Master?

Sejujurnya keputusan untuk sambung master ni tak dipengaruhi oleh sape-sape pun. Yanie sendiri yang buat keputusan. Lama jugak fikir and ambil masa. Tapi mungkin kerana minat yang terlalu mendalam dalam bidang kaunseling mengukuhkan lagi keputusan untuk sambung.

Masa buat Degree dulu tak berkesempatan atau lebih tepat lagi tak berpeluang nak ambil bidang kaunseling, tapi yanie rasa tak lari jauh pun komunikasi dengan kaunseling. Komunikasi pon sememangnya digunakan untuk entertain client nanti. subjek PR dulu adalah bonus untuk bakal kaunselor nanti.

Untuk Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling ni, yanie memilih untuk buat coursework sahaja. Coursework ni perlu masuk kelas, ambil exam, buat mini tesis dan juga kena buat praktikum. Kelas master di upsi hanya pada hari jumaat dan sabtu je. Jadi hari2 lain tu memang free dan kebanyakan masa free tu yanie banyak lepak di library je. Buat eseiment dan study. Cuti semester pun sama macam pelajar degree cuma master tak da cuti mid term yee..

Ramai yang tanye susah ke buat master?

Sebenarnya master ni tak susah bila kita minat ape yang kita belajar tu. Yang susahnya bila kita rasa benda tu susah tapi kita tak usaha and tak nak fight. Yanie memang masa mula2 masuk kelas totally out and blur. Memang langsung takdak basic. Tapi bila kita masuk kelas, belajar dan faham insyaAllah kita akan dapat adapt. Buktinya? nanti yanie tunjukkan result 2 semester yg lepas ye.

Kenapa pilih bidang Kaunseling?

Ok.. bidang kaunseling memang antara bidang yang paling yanie minat sejak dari sekolah lagi. Masa sekolah dulu sangat2 kagum dengan kaunselor sekolah dan yanie berazam utk jadi macam tu juga suatu hari nanti. Kaunseling ni banyak berkait dengan kehidupan seharian kita. Sebagai manusia kita
tak pernah lekang dari masalah, stress mahupun tekanan. jadi bila kita tahu tentang kaunseling, ianya sikit sebanyak akan membantu kita untuk mencari jalan penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi.


 Result Semester 1


Result Semester 2

Nah ni bukti yg sambung master bukanlah susah. Lagi senang dari degree rasanya. hehehe.. 

Jadi bagi yang nak continue master nanti, choose wisely. Pilih bidang yang betul2 anda minat, sebab anda lah yang bertanggungjawab atas segala pilihan yang akan anda buat. Usah takut untuk sambung. Ilmu ni sampai tua pun kita boleh cari lagi.Takda istilah rugi dlm mencari ilmu. Semua perkara bermula dengan sukar tapi insyaAllah akhirnya akan mudah..

Doakan moga yanie dapat habiskan semuanya dgn cepat dan berjaya utk jadi seorang kaunselor berdaftar satu hari nanti.. aminn :)


Wallahuallam..
Bismillah...

Saat itu, dimana suatu saat yang buat diriku buntu. Buntu untuk memilih, untuk membuat pilihan. Dan setelah cukup masa diberi, keputusan telah dibuat, dan aku menolak.


Yaa.. saya menolak. Maaf....
Sungguh2 kata maaf itu aku mohon pada empunya diri andai keputusan itu menyakitkan.

Ianya juga begitu sukar buatku. Namun aku yakin. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Dan aku juga mahu kamu yakin bahawa ada sesuatu yang Allah sedang rencanakan buat kita..

Keputusan ini bukanlah kerana adik beradikku, bukan juga kerana ummi dan abah. tapi kukira ianya jawapan dari doa2 yang sama2 kita pinta...

ingat tak lagi?
aku pernah meminta kamu berikan aku lebih masa. mungkin aku sendiri sukar mendapatkan jawapan. mungkin juga Allah masih mahu menguji. dan dengan masa itu, aku gunakan sungguh2 untuk berbicara denganNYA, memohon untuk diberikan jalan terbaik, diringankan resah dalam hati, dianugerahkan rasa dalam jiwa. namun, "rasa" itu langsung tiada.

Maaf sekali lagi, kerana mengambil masa terlalu lama dan memberikan jawapan yang hampa.

Aku tahu kamu kecewa. Mungkin juga kamu berkecil hati. Maaf..maaf dan maaf..

Permohonan maaf ini juga buat keluarga kamu. Aku tahu mereka telah mulai suka akan aku. Aku tahu mereka telah menaruh harapan. Aku tahu mereka cukup teruja sejak diawal taaruf antara keluarga kita. Tapi maaf.. Aku masih belum dapat menerima.. 'Rasa' itu belum kunjung tiba.

Aku bukan menolak kerana ada yang kurang padamu. Tidak...Tidak ada yang kurang.

Bagiku, kamu punya segalanya, ilmu, agama, kerjaya juga harta. Namun, semuanya tidaklah begitu bermakna buat aku. Bukan kerana aku memilih, tapi aku hanya menurut kata hati. Hati yang Allah telah beri, yang lebih memahami dan dapat merasai..

Aku benar-benar yakin dan percaya. Allah sedang susun kehidupan kita dengan baik. Bersangka baiklah padaNYA.. Suatu hari nanti, kamu akan temui pasangan yang benar-benar Allah jodohkan buatmu.

 Jangan gusar andai jodoh sedikit terlewat, ada hikmah yg Allah aturkan. Yakinlah..

walaupun kita tidak lagi berhubung, dan aku tahu kamu tidak akan pernah terjumpa coretan ini, namun aku tetap ingin memohon maaf dan berterima kasih atas taaruf yg pernah berlaku. Terima kasih buat keluarga kamu yang cukup meraikan dan menerima baik diri ini yg serba serbi kurang.

Doaku moga jodohmu dipermudahkan seperti mana aku meminta Allah meringankan urusan jodohku. Juga aku memohon supaya Allah gantikan kepada kamu seorang muslimah, gadis yang solehah yang dapat bersamamu menuju sebuah keluarga yang sakinah. Allahumma aminn..

Usah bersedih dan senyumlah, kerana hidup kita cukup singkat untuk kita habiskan dengan perkara yang sia-sia. Senyumlah, kerana dengan senyuman dapat menyembuhkan, dengan senyuman dapat melegakan dan dengan senyuman juga dapat menguatkan. Walau bagaimana sukarpun keputusan yang kita dah lakukan, senyumlah.. walau rasa terpaksa.. senyumlah.. Moga Allah gantikan segalanya dengan kebahagiaan buat aku dan kamu..

Maafkan aku..






Tak semua apa yang kita hajatkan kita akan dapat.
Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu..
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita hambanya..

Apa yang boleh aku buat hanyalah memohon doa..
Doa..doa..doa dan doa lagi.. tanpa adanya jemu dihati
kata orang doa adalah senjata orang mukmin bukan?
itulah tugas aku.. sebagai hambanya.. aku harus redha
perlu mensyukuri apa yang Allah bagi sehingga kini.

Hajat aku??
banyak.. terlalu banyak..
banyak yang aku nak capai lagi
banyak yang aku nak lakukan lagi
tapi sekiranya allah tak izinkan lagi
Aku tetap takkan dapat hajat aku.

Hajat.. aku akan sentiasa berhajat
Moga suatu hari nanti
Allah perkenankan doa-doa aku
Allah tunaikan hajat-hajat aku lagi
Allah keringkan air mataku yang berhajat

Ya Allah.. aku berhajat dengan Mu..
Sampaikanlah aku kepada hajatku
Dan jadikanlah aku orang-orang
yang sentiasa mensyukuri nikmatMu
Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan tugas-tugas sebagai khalifah di bumi Allah ini.. syukur atas kurniaan kesihatan.. iman dan amal.. semoga kita semua beroleh pahala dan keberkatan buat bekalan di akhirat sana.

Alhamdulillah.. tahun 2013 yang lalu berakhir dengan begitu baik sekali. banyak peristiwa yang berlaku selepas aku stop dari membuat perkongsian di blog ini. Kini dah masuk tahun 2015. Lebih kurang 2 tahun aku tidak lagi menjadi bestfriend kepada blogger. Bukan kerana punya masalah tetapi kerana kekangan-kekangan yang ada membataskan aku utk mengadap blog ni.

Setelah 2 tahun, hidup aku kini banyak yang telah berubah. Alhamdulillah.. semoga ianya terus berubah kearah lebih baik lagi dan lagi. Semoga Allah redha.. mungkin juga dari segi pemikiran dan sikap aku lebih matang dari dulu, namun ada ketika bila disapa rakan-rakan sekuliah semasa di USM dulu, perangai lama kembali muncul, Namun tiada satu pun yang aku kesalkan. Aku masih aku yang dulu walaupun ada yang kata berbeza. :)

Sehingga kini aku masih belum bekerja.. Ditakdirkan oleh Allah.. aku terpilih untuk menyambung lagi pengajian di peringkat Master di UPSI dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Mulanya, UPSI bukanlah pilihan utama untuk menyambung bidang ini. namun pilihan Allah itu lebih baik bukan? mungkin ada hikmahnya aku disini.

Mungkin siapa yang pernah jadi followers blog ini tahu aku bukanlah asalnya dalam bidang kaunseling. Kenapa lompat bidang? sejujurnya bidang kaunseling ini adalah bidang pertama yg dipilih semasa mengisi borang degree UPU. Namun waktu itu juga, bukan rezeki aku utk sambung dlm bidang yang cukup aku minati. Tapi Allah lebih tau apa yg terbaik buat hambanya kan? Aku terus usaha memohon bidang ini utk sambung di peringkat sarjana. Alhamdulillah.. dengan doa dan harapan yang tidak putus2 akhirnya aku disini. insyaAllah.. setahun dari sekarang akan aku habiskan pengajian sarjana ini. Doakan bersama yee :)










Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. harini 22 April 2015, dapat juga ruang dan peluang untuk singgah di blog ini. Dah terlalu lama ianya terbiar..  2 tahun mungkin... Sepi..  sepi tanpa sebarang coretan mahupun kisah. Sudah terlalu banyak kisah-kisah yang berlaku pada diri dan kehidupan 2 tahun lalu, berlalu tanpa sebarang coretan kata-kata dan perkongsian pengalaman dan peristiwa disini.

Sungguh aku rindu.. rindu untuk bercerita.. rindu untuk menaip setiap baris kata-kata.. rindu untuk buat sesuatu yang diri sendiri suka. insyaAllah semoga dipermudahkan urusan seharian dan masih lagi mampu untuk berkongsi rasa, suka dan duka disini. InsyaAllah..

Doakan perjalanan kehidupanku berlalu dengan baik-baik sahaja . Moga Allah jaga kita semua :)
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home