Yanie Mohd Zaki's

Maaf buat kamu...

Bismillah...

Saat itu, dimana suatu saat yang buat diriku buntu. Buntu untuk memilih, untuk membuat pilihan. Dan setelah cukup masa diberi, keputusan telah dibuat, dan aku menolak.


Yaa.. saya menolak. Maaf....
Sungguh2 kata maaf itu aku mohon pada empunya diri andai keputusan itu menyakitkan.

Ianya juga begitu sukar buatku. Namun aku yakin. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Dan aku juga mahu kamu yakin bahawa ada sesuatu yang Allah sedang rencanakan buat kita..

Keputusan ini bukanlah kerana adik beradikku, bukan juga kerana ummi dan abah. tapi kukira ianya jawapan dari doa2 yang sama2 kita pinta...

ingat tak lagi?
aku pernah meminta kamu berikan aku lebih masa. mungkin aku sendiri sukar mendapatkan jawapan. mungkin juga Allah masih mahu menguji. dan dengan masa itu, aku gunakan sungguh2 untuk berbicara denganNYA, memohon untuk diberikan jalan terbaik, diringankan resah dalam hati, dianugerahkan rasa dalam jiwa. namun, "rasa" itu langsung tiada.

Maaf sekali lagi, kerana mengambil masa terlalu lama dan memberikan jawapan yang hampa.

Aku tahu kamu kecewa. Mungkin juga kamu berkecil hati. Maaf..maaf dan maaf..

Permohonan maaf ini juga buat keluarga kamu. Aku tahu mereka telah mulai suka akan aku. Aku tahu mereka telah menaruh harapan. Aku tahu mereka cukup teruja sejak diawal taaruf antara keluarga kita. Tapi maaf.. Aku masih belum dapat menerima.. 'Rasa' itu belum kunjung tiba.

Aku bukan menolak kerana ada yang kurang padamu. Tidak...Tidak ada yang kurang.

Bagiku, kamu punya segalanya, ilmu, agama, kerjaya juga harta. Namun, semuanya tidaklah begitu bermakna buat aku. Bukan kerana aku memilih, tapi aku hanya menurut kata hati. Hati yang Allah telah beri, yang lebih memahami dan dapat merasai..

Aku benar-benar yakin dan percaya. Allah sedang susun kehidupan kita dengan baik. Bersangka baiklah padaNYA.. Suatu hari nanti, kamu akan temui pasangan yang benar-benar Allah jodohkan buatmu.

 Jangan gusar andai jodoh sedikit terlewat, ada hikmah yg Allah aturkan. Yakinlah..

walaupun kita tidak lagi berhubung, dan aku tahu kamu tidak akan pernah terjumpa coretan ini, namun aku tetap ingin memohon maaf dan berterima kasih atas taaruf yg pernah berlaku. Terima kasih buat keluarga kamu yang cukup meraikan dan menerima baik diri ini yg serba serbi kurang.

Doaku moga jodohmu dipermudahkan seperti mana aku meminta Allah meringankan urusan jodohku. Juga aku memohon supaya Allah gantikan kepada kamu seorang muslimah, gadis yang solehah yang dapat bersamamu menuju sebuah keluarga yang sakinah. Allahumma aminn..

Usah bersedih dan senyumlah, kerana hidup kita cukup singkat untuk kita habiskan dengan perkara yang sia-sia. Senyumlah, kerana dengan senyuman dapat menyembuhkan, dengan senyuman dapat melegakan dan dengan senyuman juga dapat menguatkan. Walau bagaimana sukarpun keputusan yang kita dah lakukan, senyumlah.. walau rasa terpaksa.. senyumlah.. Moga Allah gantikan segalanya dengan kebahagiaan buat aku dan kamu..

Maafkan aku..





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home